Kawan -kawan, meraikan Hari Bapa atau Hari Ibu memang tidak ada dalam ajaran Islam. Ini kerana ajaran Islam menuntut supaya kita sebagai anak-anak sentiasa memuliakan ibu dan bapa kita pada setiap masa tanpa menetapkan pada hari-hari tertentu sahaja.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW : " Reda Allah tergantung pada reda orang tua dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan orang tua." (Hadis Riwayat Tirmidzi).
Kawan-kawan, sebagai anak tunjukkanlah rasa syukur kita kepada Allah dengan sentiasa memuliakan kedua-dua ibu bapa kita. Hormati dan sayangilah mereka dengan setulus hati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan